Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama pihak Microsoft Malaysia dengan PKG Ampang. Bengkel ini telah dilaksanakan di Microsoft Malaysia di KLCC. Para peserta yang terdiri daripada guru penyelaras bestari dan guru ict telah didedahkan dengan pembelajaran abad ke 21 yang mana menggunakan aplikasi yang disediakan oleh pihak microsoft seperti Office 360 dan Sway. Peserta juga diperkenalkan dengan programming skill yang boleh dipelajari secara diatas talian di laman web hourcode.org.