Pusat Kegiatan Guru Ampang telah menganjurkan satu bengkel iaitu Bengkel kuiz dalam “Frog Play” di bawah Zon Ampang. Bengkel ini telah pun dilaksanakan pada 3 Ogos 2017 dari Jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang, bertempat di Anjung Budiman Pusat kegiatan Guru Ampang.Bengkel ini bermula 8.30 pagi dengan  kata-kata  aluan oleh Pegawai Pusat Kegiatan Guru Ampang  En Fairos Azmi bin Marzah dan diikuti dengan  taklimat bengkel yang disampaikan oleh fasilitator jemputan iaitu Pn Roaimah Binti Basri JU bagi aplikasi FROG dari SMK Taman Seraya. Diharapkan semua Admin FROG setiap sekolah yang hadir agar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan membuat LADAP bagi guru -guru di sekolah masing-masing.